VISI DAN MISI

 VISI

Perkhidmatan Unit Psikologi dan Kerjaya menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang teraputik dan kondusif di Kolej Vokasional menjelang tahun 2018.

MISI

Mempertingkatkan kesejahteraan modal insan melalui perkhidmatan psikologi dan kaunseling untuk melahirkan individu yang mempunyai kepintaran intelek (IQ), emosi yang stabil (EQ), dan berakhlak mulia (SQ) dan Jati diri yang tinggi serta memberikan pendidikan kerjaya yang terancang.


FALSAFAH

Bahawasanya setiap individu mempunyai potensi yang boleh digilap secara optimun menerusi perkhidmatan psikologi dan kerjaya yang cekap, berkesan dan beretika bagi melahirkan individu yang seimbang dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.


RASIONAL PERKHIDMATAN PSIKOLOGI DAN KERJAYA

  1. Usaha-usaha pencegahan peringkat awal pada setiap individu dapat membantu mengatasi gejala sosial  dalam pembentukan masa depan dari segi akedemik, kerjaya, psikologi dan pembangunan rohani.
  2. perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dapat memberikan ruang kepada individu untuk mengenali dan membangunkan diri sendiri.
  3. cabaran masa kini memerlukan perkhidmatan psikologi dan kerjaya yang berkualiti, sistematik dan berkesan.
  4. perkhidmatan psikologi dan kerjaya membuka minda dan peluang kepada individu untuk mengenali halatuju kerjaya berdasarkan kepada minat dan potensi yang dimiliki.

OBJEKTIF PERKHIDMATAN PSIKOLOGI DAN KERJAYA
  1. Menyediakan perkhidmatan psikologi dan kerjaya untuk kesejahteraan individu, organisasi dan komuniti.
  2. menyediakan perkhidmatan dari segi akedemik, psikologi dan kesejahteraan mental, kerjaya, keibubapaan dan pembangunan diri kepada warga kolej vokasional.
  3. memberi khidmat penyuburan  dan pengayaan meliputi aspek perkembangan diri pelajar dengan menyediakan peluang, kemudahan dan pengalaman yang selaras dengan kemanpuan dan potensi.
  4. memberi khidmat pencegahan iaitu menghindarkan diri individu daripada terlibat dalam gejala sosial yang boleh merosakkan diri dan orang lain.
  5. menyediakan perkhidmatan dari segi akedemik, psikososial, dan kesejahteraan mental, kerjaya, keibubapaan dan pembangunan diri individu.

PRINSIP PERKHIDMATAN PSIKOLOGI DAN KERJAYA

Perkhidmatan Unit Psikologi dan Kerjaya adalah untuk semua individu di kolej vokasional secara terancang dan beterusan berdasarkan kepada 4 pendekatan :
  1. Pendekatan pencegahan
  2. Pendekatan perkembangan
  3. Pendekatan pemulihan
  4. Pendekatan krisis











No comments:

Post a Comment